Wednesday 2 April 2014

Posted by jinson on 01:10 No comments

Mini Light Studio


Peralatan:


1. Kotak
2. Mentol Kalimantang (bulat)
3. Starter
4. Ballast
5. Wayar dan Penyambung


Langkah 1:


Langkah pertama, oleh kerana kita nak menyambungkan kepada 3 set lampu. Kita perlu menyambungkan wayar hidup untuk dicabangkan kepada 3. Ambil wayar hidup yang mempunyai 3 cabang tadi dan sambungkan kepada balasst.


Langkah 2:

  • Ok cara menyambungkan wayar ke balasst, senang je cuma masukkan wayar dan ketatkan skru.




  • Seterusnya lekatkan tapak starter ke tempat yang telah disediakan dan hadapkan tapak starter ke bahagian luar.




  • Pasang starter ke mentol dan pastikan ia ketat supaya aliran elektrik boleh berlaku.


  • Untuk meggantung lampu, anda perlu tebuk lubang pada kotak dan ikat lampu dengan menggunakan cable tie.




  • Selepas kesemua bahagian lampu telah diikat dan diketatkan dengan menggunakan cable tie. Potong lebihan cable tie tadi untuk mengemaskan projek.

Langkah 3:


Langkah terakhir lekatkan skrin layar dengan menggunakan pita pelekat.
Kebiasaannya layar berwarna putih, hijau dan biru menjadi pilihan photographer.



HASIL:

Jadi beginilah pencahayaan yang dihasilkan dari "Mini Light Studio" ni. Lepas ini bolehlah anda hasilkan gambar dengan kualiti yang tinggi.


0 comments:

Post a Comment