Saturday 17 May 2014

Posted by jinson on 03:27 No comments

TIE-DYE T-SHIRT 


Bahan-Bahan:



  1. Serbuk Pewarna
  2. Garam
  3. Sarung Tangan
  4. T-Shirt Putih

Langkah 1:


Pertama sekali tuangkan air panas dalam mangkuk untuk cairkan pewarna.



Langkah 2:

Gunakan sudu untuk menyukat serbuk pewarna yang ingin digunakan. Lebih banyak serbuk pewarna diletakkan didalam air semakin pekat lah hasilnya nanti. Jadi sukat dahulu sebelum tuang kedalam air.


Langkah 3:


Lepas dah puas hati dengan warna yang telah dihasilkan masukkan sesudu garam dan kacau sehingga larut.


Langkah 4:


Tuang air campuran tadi kedalam baldi supaya proses mencelup tshirt mudah dilakukan.



Langkah 5:


Untuk membuat tye-die tshirt ni anda perlukan 2 warna jadi ulang proses awal tadi untuk dapatkan warna yang kedua pula.



Langkah 6:


Langkah seterusnya ambil tshirt dan celupkan kedalam baldi yang berisi air pewarna. Untuk melakukan proses ini anda perlu melakukannya mengikut kreativiti anda sendiri.


Langkah 7:



Gunakan sarung tangan untuk memegang bahagian baju yang telah diwarnakan tadi kerana sekarang ini anda perlu ulang proses mencelup untuk mendapatkan warna yang kedua pula.


Langkah 8:



Untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik, celupkan seluruh tshirt kedalam pewarna untuk dapatkan hasil sebegini.


Hasil:


Teknik tiedye ni bukan je boleh dibuat pada tshirt tapi boleh juga diimplementasikan pada seluar jeans putih atau bag sandang. Ah jadi anda dah tahu cara untuk buat tiedye tshirt. Jadi jangan lupa untuk mencuba dan layari http://bajufoundryblog.blogspot.com








0 comments:

Post a Comment