Mini Light Studio
Peralatan:
2. Mentol Kalimantang (bulat)
3. Starter
4. Ballast
5. Wayar dan Penyambung
Langkah 1:
Langkah pertama, oleh kerana kita nak menyambungkan kepada 3 set
lampu. Kita perlu menyambungkan wayar hidup untuk dicabangkan kepada 3. Ambil
wayar hidup yang mempunyai 3 cabang tadi dan sambungkan kepada balasst.
Langkah 2:
- Ok cara menyambungkan wayar ke balasst, senang je cuma masukkan wayar dan ketatkan skru.
- Seterusnya lekatkan tapak starter ke tempat yang telah disediakan dan hadapkan tapak starter ke bahagian luar.
- Pasang starter ke mentol dan pastikan ia ketat supaya aliran elektrik boleh berlaku.
- Untuk meggantung lampu, anda perlu tebuk lubang pada kotak dan ikat lampu dengan menggunakan cable tie.
- Selepas kesemua bahagian lampu telah diikat dan diketatkan dengan menggunakan cable tie. Potong lebihan cable tie tadi untuk mengemaskan projek.
Langkah 3:
Langkah terakhir lekatkan skrin layar dengan menggunakan pita
pelekat.
Kebiasaannya layar berwarna putih, hijau dan biru menjadi pilihan
photographer.
HASIL:
Jadi beginilah pencahayaan yang dihasilkan dari "Mini Light
Studio" ni. Lepas ini bolehlah anda hasilkan gambar dengan kualiti yang
tinggi.
0 comments:
Post a Comment