Hiasan Balang Kaca
Langkah 1:
Untuk tips kreatif kali ini, kita akan menggunakan balang kaca
yang berbentuk mentol. Kebiasaannya terrarium akan dibuat didalam balang ikan
kerana ia mudah dihias dan dicari.
Ok..Mula-mula masukan batu-batu halus untuk dijadikan sebagai
lapisan dasar. Untuk lapisan kedua kita
akan gunakan tanah organik . Anda boleh tentukan ketebalan setiap lapisan
mengikut kreativiti anda.
Langkah 3:
Untuk projek kali ini kita akan menggunakan tumbuhan udara sebagai
hiasan utama yang mana tumbuhan ini akan menjalar keluar dari balang kaca. Anda
juga menjadikan tumbuhan lain sebagai penarik terratium anda contohnya macam
pakis, kaktus dan macam-macam lagi.
Tips:
Sedikit tips bagi anda semua, sebelum anda membuat taman mini
terrarium ni pastikan anda rancang tumbuhan utama yang anda ingin gunakan.
Sebab kalau tak rancang takut tumbuhan yang nak digunakan tak muat untuk
dimasukan ke dalam balang kaca yang dah dipilih.
Bagi pemilihan balang kaca pula. Jangan lah nak yang lawa je, kena
la pastikan ia mudah untuk dihias dan mudah untuk dijaga. Sebab kadang-kadang
ada tumbuhan yang perlu di siram atau dibersihkan setiap hari.
Langkah 4:
Ah jadi beginilah bentuk taman mini terrarium yang dapat kreatif
tv kongsikan. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan taman mini yang comel
ni boleh la layari facebook Little Garden Succulents.
0 comments:
Post a Comment