Saturday 17 May 2014

Posted by jinson on 02:34 No comments

TUDUNG D.I.Y 


Peralatan & Bahan-bahan:



    1. 2 kain tudung 
    2. Jarum Manik
    3. Manik
    4. Kapur Jahit
    5. Mesin Jahit

            Langkah 1:


            Langkah pertama untuk mengubahsuai tudung ni, kita kena lekatkan 2 lapisan kain tadi dengan menggunakan jarum peniti supaya bila melakukan kerja ia tidak teralih.

            Langkah 2:


            Seterusnya gunakan kapur jahitan untuk menanda kain di lapisan bawah. Pastikan anda membuat tandaan lebih kurang 2 inci. Ah lebih kurang macam ni.

            Langkah 3:


            Potong kain tadi mengikut tandaan yang telah dibuat. Bila potong tu biar kemas sikit sebab takut pulak nanti susah nak jahit.


            Langkah 4:


            Dah selesai proses memotong, sekarang cabut kesemua jarum peniti.

            Langkah 5:


            Langkah seterusnya gunakan mesin jahit anda dan buat jahitan lurus pada kain yang telah kita potong tadi.

            Langkah 6:


            Sekarang ni kita nak cantumkan kedua-dua lapisan kain tadi untuk menjadi satu. Jadi caranya macam ni.

            Langkah 7:


            Sebelum nak jahit kedua-dua kain ni kita kena lekatkan jarum peniti dulu.

            Langkah 8:


            Kenakan jahitan keliling pada kain yang kita dah lekatkan jarum peniti tadi.

            Langkah 9:


            Cucuk-cucuk pada manik dan nanti manik tu dengan sendirinya akan masuk pada jarum. Gunakan kreativiti anda untuk jahit manik ni.

            Hasilnya:


            Sebenarnya tak mudah untuk menjahit ni. Jadi bagi anda yang baru nak mula menjahit jangan putus asa dan bersabar. Jadi selamat mencuba ean ucapkan dan pastikan jaga keselamatan anda semasa menjahit



            0 comments:

            Post a Comment